Tangannya begitu kuat untuk menampung berat badan dan mampu bertahan lebih 20 saat di tengah-tengah tiang bendera itu. Selain daripada gerakan yang diberi nama Human Flag itu, kumpulan lima orang anak muda itu juga melakukan aksi Dragon Flag, Back Lever dan Front Lever tanpa segan di tengah-tengah ibu kota. "Mereka melakukan setiap gerakan dengan kemas tanpa sebarang kesilapan. Kumpulan ini merupakan salah satu sumber rujukan saya dan rakan-rakan dalam arena senaman jalanan," ujar seorang pelancong dari Brunei, Nadzri Harif, 26, yang terpegun dengan aksi kumpulan senaman jalanan itu. Menurut penyampai radio Kristal FM di Brunei itu, dia sering mengikuti perkembangan kumpulan senaman jalanan Bar-Risan dari Malaysia di laman sosial Instagram. Kelengkapan Selain itu, Nadzri juga banyak mempelajari teknik-teknik senaman jalanan yang betul di Facebook kumpulan itu untuk dipraktikkan sewaktu berlatih . Bar-Risan merupakan salah sebuah kumpulan senaman jalanan yang bergerak aktif di negara ini sejak dua tahun lalu. Palang besi merupakan kelengkapan utama yang diperlukan dalam setiap rutin senaman kumpulan itu. Pengasas Bar-Risan, Syed Fernash Syed Batlishah, 25, memberitahu, kumpulan itu ditubuhkan selepas dia dan dua orang rakannya melihat perkembangan senaman jalanan di luar negara yang mendapat sambutan ramai. Menerusi laman YouTube, Syed Fernash melihat kumpulan seperti Bar Brothers dan Bar-barians dari luar negara bersenam tanpa menggunakan sebarang alatan senaman di gimnasium. AKSI senaman archer pull up lebih sesuai dilakukan di palang-palang di taman permainan. Dia mula tertarik dengan gaya senaman mereka yang hanya menggunakan palang-palang di taman permainan dan di tengah-tengah bandar. "Pada permulaan kami memulakan rutin senaman, ia ternyata amat sukar. Ketika itu, kami mempunyai minat yang amat tinggi tetapi kekuatan otot bisep dan trisep tidak mampu menampung berat badan sewaktu melakukan rutin senaman. "Saya mengambil masa sebulan untuk membiasakan diri dengan rutin senaman jalanan ini. Setiap hari, saya akan ke taman permainan berhampiran kediaman untuk melakukan senaman pull-up pada palang," ujarnya yang berasal dari Arau, Perlis. Dua tahun lalu, senaman jalanan yang menggunakan palang dan tiang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Syed Fernash dan rakan-rakan merupakan antara perintis terawal yang mempopularkan senaman tersebut di negara ini menerusi Facebook, YouTube dan Instagram. Kini ia popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Prinsip senaman jalanan setiap ahli Bar-Risan ialah kaedah yang sihat tanpa menggunakan sebarang pemberat dan tidak mengambil sebarang minuman atau produk tambahan yang membantu pengembangan otot sewaktu bersenam. Rutin senaman Bar-Risan dikategorikan sebagai kalistenik iaitu senaman gimnastik yang direka untuk membentuk tona otot dan menggalakkan kesejahteraan fizikal. Medan senaman jalanan "Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebarang kos. Saya dan rakan-rakan akan memeriksa palang dan tiang-tiang yang akan digunakan sebelum memulakan senaman sebagai langkah keselamatan. Setakat ini, tiada ahli Bar-Risan yang cedera parah ketika melakukan senaman. Luka-luka tapak tangan semasa memegang palang dan tiang merupakan kecederaan biasa yang dialami. "Langkah-langkah sebelum memulakan rutin senaman juga perlu dititikberatkan agar tidak mengalami kecederaan otot. Selain itu, senaman ini juga memerlukan kerjasama antara rakan-rakan lain untuk membantu menyokong bahagian kaki semasa bergantung di palang," ujar Syed Fernash yang pernah memenangi pertandingan Lelaki Terkuat di Universiti Teknologi Mara kampus Arau, Perlis. REGANGAN badan merupakan rutin penting bagi setiap ahli Bar-Risan sebelum memulakan senaman. Bar-Risan kini mempunyai 100 ahli di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Johor dan Melaka. Laman Facebook kumpulan itu juga menjadi medan bagi peminat senaman jalanan untuk bertanyakan sebarang persoalan kepada kumpulan itu. Tambah Syed Fernash, senaman jalanan yang diketengahkan oleh kumpulannya itu berupaya menarik minat golongan muda menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, ia merupakan platform terbaik bagi mereka untuk menterjemahkan kreativiti dalam setiap gerakan rutin senaman. Seorang ahli Bar-Risan yang aktif dalam kegiatan senaman jalanan di Alor Setar, Kedah, Ahmad Amin Azizan, 25, memberitahu, kumpulannya itu bukan sahaja melakukan senaman jalanan di negara ini malah turut menyertai pertandingan di luar negara. Terbaharu, Bar-Risan menyertai pertandingan First Pre-Asia Street Workout Jam Singapore and Malaysia 2013 di Singapura. Melalui pertandingan itu, kumpulan tersebut telah memenangi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pistol Squat, Ketahanan Human Flag Paling Lama, Ketahanan Back Lever Paling Lama, Cabaran Banzuke dan Tekan Tubi Paling Lama. "Pertandingan itu merupakan peluang terbaik bagi Bar-Risan untuk membuka mata peserta dari negara luar mengenai kemampuan rakyat Malaysia dalam arena senaman jalanan. Selain itu, ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana kami juga sempat mengadakan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Singapura," ujar pengurus perniagaan syarikat swasta itu. Selain ibu kota, Bar-Risan juga pernah melakukan persembahan senaman jalanan di sekitar bandar Alor Setar, Pulau Pinang, Hat Yai, Thailand dan Singapura. Aksi dan gerakan senaman mereka juga ternyata menarik perhatian ramai. Bar-Risan merupakan satu-satunya kumpulan senaman jalanan di negara ini yang menerima tajaan daripada syarikat minuman tenaga Drive M7. Syarikat tersebut menaja pakaian rasmi, minuman dan kewangan kumpulan itu sewaktu menyertai pertandingan atau pertunjukan. LATIHAN intensif dalam senaman kalistenik amat diperlukan untuk melakukan aksi Back Lever. Kuasai rutin Menurut Amin, bagi yang ingin mencuba senaman jalanan, terdapat beberapa senaman yang harus dikuasai sebelum memulakan rutin pada palang dan tiang. "Tekan tubi merupakan rutin asas kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam senaman jalanan. Melalui senaman itu, ia membina kekuatan otot tangan untuk menampung berat badan sewaktu bergantung pada palang dan tiang. "Senaman kardiovaskular seperti berlari amat penting untuk menguatkan stamina dalam senaman ini. Selain menguatkan otot, stamina juga penting untuk membantu kita melakukan rutin senaman jalanan ini," ujarnya. Bar-Risan juga melakukan pelbagai formasi senaman secara berkumpulan tanpa menggunakan palang dan tiang. Cara terbaik kumpulan itu untuk mengumpul ahli baharu ialah melalui pertunjukan senaman jalanan. Kebiasaannya, golongan remaja pasti tertarik untuk mencuba senaman itu tanpa dipaksa. Seorang lagi ahli Bar-Risan, Muhammad Farhan Abdul Kapor, 20, memberitahu, dia berjaya menarik pelajar-pelajar di kampus pengajiannya untuk sama-sama mencuba rutin senaman kumpulan tersebut. "Semasa saya mula mendaftar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), rakan-rakan tidak mengetahui mengenai senaman ini. Kini, Bar-Risan sudah mempunyai ahli di Melaka setelah saya mengajak rakan-rakan terdekat untuk mencuba rutin senaman ini. "Selain Utem, pelajar-pelajar Universiti Multimedia (MMU) juga memnyertai Bar-Risan di Melaka. Kebanyakannya terdiri daripada pelajar luar negara seperti Arab Saudi, Afrika Selatan dan Korea Selatan yang berminat untuk mencuba senaman ini," ujarnya. --- KOSMO |
Saturday, 3 May 2014
Bina Otot Secara Semulajadi
Sunday, 27 April 2014
Budak 8 Tahun Miliki Tubuh Seperti Ahli Badan
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mempunyai tubuh layaknya seorang ahli bina badan. Budak bernama Brandon Blake, menjadi terkenal di internet laman sosial Instagram dan Facebook yang menunjukkan foto otot-otot tubuhnya. Kanak-kanak berasal dari County Kildare, Ireland, ini menjadi sangat terkenal di internet selepas jurulatih kecergasan ternama, Frank Medrano, menyiarkan foto Brandon di laman Facebook-nya. Foto itu menerima ribuan like dan komen dari para pengguna Facebook. "Brandon ini telah menjadi perbincangan hangat di Hong Kong dan Australia. Itu adalah hal yang gila," kata ayah Brandon, Mark Blake. "Dia membentuk tubuhnya selama setahun. Kini Brandon sangat bahagia dan sihat. Dia adalah seorang inspirasi," tambahnya. Walaupun banyak yang telah mengatakan bahawa melakukan latihan berat bagi anak seusianya itu tidak sihat, ayahnya berkeras bahawa Brandon belum pernah mengangkat beban dalam hidupnya. Brandon mendapat tubuh six pack berkat teknik Gimnastik. Suatu bentuk latihan di mana hanya menggunakan rintangan semula jadi tubuh melalui latihan seperti sit up, pull up, dan push up. Brandon pun berharap dapat mewakili Ireland di Sukan Olimpik. Budak kacak ini juga melakukan diet sihat yang terdiri daripada bijirin di pagi hari, buah sepanjang hari, serta makan daging dan sayur-sayuran di malam hari. | ||
Tuesday, 8 April 2014
JENIS OTOT DAN LATIHAN
Bagaimana mengetahui serat otot yang mana tinggi dalam seseorang? Cara yang paling tepat adalah melalui ujian tisu. Biasanya ada ujian untuk atlet, tetapi saya tidak pasti di Malaysia. Mungkin di bawah ISN. Peratusan jenis serat otot menentukan jenis latihan yang sesuai. Sebagai contoh, seorang atlet dengan serat otot jenis laju (fast-twitch) tidak akan dapat membuat latihan dengan ulangan tinggi jika dibandingkan dengan atlet setaraf tetapi tinggi serat otot jenis perlahan (slow-twitch).Begitu juga, seorang atlet dengan serat otot jenis perlahan tidak akan mampu mengangkat seberat atau berlari selaju seorang atlet setaraf yang tinggi serat otot jenis laju. Dalam sekumpulan atlet yang sama, sebagai contoh, sekumpulan atlet pelari pecut atau pelari jarak jauh, masih terdapat perbezaan dalam jenis serat. Tidak semua pelari pecut akan mempunyai peratusan sama serat otot jenis laju dan begitu juga dalam kumpulan pelari jarak jauh. Jika kita lihat, ada pelari pecut dapat menghabiskan 10×200 meter dalam latihan dengan mudah berbanding yang lain mungkin kelesuan.
Bergantung kepada atlet tertentu, seorang jurulatih perlu pandai menentukan masa rehat untuk mereka. Mereka yang cepat keletihan perlu diberi masa rehat yang lebih. Ketika ini datang prinsip latihan individual, cara latihan yang berbeza mengikut individu. Begitu juga dalam bina badan. Ada yang mengadu, latih bersama, tetapi kenapa kawannya lebih cepat menjadi daripada dia. Kesesuaian mengikut latihan sama itu tiada walaupun saiz badan mungkin sama.
Melatih serat otot jenis laju untuk ketahanan atau jarak jauh tidak akan menambah serat otot jenis perlahan atau sebaliknya. Seseorang itu boleh dilatih itu tujuan berbeza tetapi bukan menambah serat otot tertentu. Dengan latihan yang betul, serat otot jenis laju II boleh mengambil beberapa ciri ketahanan serat otot jenis laju I tetapi tidak ada hubungan serat otot jenis laju dan perlahan. Seseorang dengan serat otot jenis perlahan yang tinggi akan kekal sama sehingga ke akhir hayat.
Bergantung kepada atlet tertentu, seorang jurulatih perlu pandai menentukan masa rehat untuk mereka. Mereka yang cepat keletihan perlu diberi masa rehat yang lebih. Ketika ini datang prinsip latihan individual, cara latihan yang berbeza mengikut individu. Begitu juga dalam bina badan. Ada yang mengadu, latih bersama, tetapi kenapa kawannya lebih cepat menjadi daripada dia. Kesesuaian mengikut latihan sama itu tiada walaupun saiz badan mungkin sama.
Melatih serat otot jenis laju untuk ketahanan atau jarak jauh tidak akan menambah serat otot jenis perlahan atau sebaliknya. Seseorang itu boleh dilatih itu tujuan berbeza tetapi bukan menambah serat otot tertentu. Dengan latihan yang betul, serat otot jenis laju II boleh mengambil beberapa ciri ketahanan serat otot jenis laju I tetapi tidak ada hubungan serat otot jenis laju dan perlahan. Seseorang dengan serat otot jenis perlahan yang tinggi akan kekal sama sehingga ke akhir hayat.
Bagaimana dengan kes seorang yang mungkin ada 50 peratus serat otot jenis laju dan 50 peratus serat otot jenis perlahan? Serat otot jenis laju biasanya mempunyai luas keratan rentas yang lebih besar daripada serat otot jenis perlahan. 65 peratus mungkin serat otot jenis laju dan 35 peratus serat otot jenis perlahan. Dengan latihan, bilangannya akan kekal sama cuma keratan rentas berubah. Dengan latihan kekuatan, serat otot jenis perlahan akan mengecil dan serat otot jenis laju akan membesar.
Disebabkan faktor membesar dan mengecil ini, seorang atlet pecut mungkin akan menambah kekuatannya dan dalam masa sama berlaku pengurangan stamina. Begitu juga mereka yang melatih stamina, serat otot jenis laju akan mengecil dan serat otot jenis perlahan akan membesar.Bolehkah seseorang dilatih kedua-duanya? Boleh dan sememangnya perlu latih kedua-duanya tetapi peratusan latihan bergantung pada jenis sukan atau mungkin posisinya. Sebagai contoh, dalam bola sepak, seorang striker tidak sama dengan penjaga gol.
Setelah dikenal pasti, peratusan jenis otot, posisi dalam pasukan dan beberapa faktor lagi, latihan disusun mengikut prinsip sistem latihan.
Friday, 4 April 2014
Sazali Tidak Terfikir Untuk Bersara Dari Bidang
PETALING JAYA 4 April - Semangat juara Mr Universe sembilan kali, Sazali Samad masih belum luntur untuk mencari gelaran juara dunia buat kali ke-10 walaupun sudah berusia 47 tahun.Sazali yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA Myanmar 2013 menegaskan dia akan terus berkecimpung dalam sukan itu selagi diperlukan dan langsung tidak memikirkan untuk bersara biarpun sering kali diajukan soalan itu.Menurut Sazali, tahun ini dia akan memfokuskan latihan bagi menghadapi kejohanan dunia yang akan berlangsung hujung tahun ini di Mumbai, India, selain kejohanan Asia. Bagaimanapun Sazali berkata, dia kini masih mendapatkan rawatan dan terapi di Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan lutut dialaminya selepas temasya di Myanmar. "Masalah ini berlaku sejak Sukan SEA tetapi saya boleh buat latihan dengan arahan doktor," katanya selepas dinobatkan Atlet Terbaik 2013 pada Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus-KBS, di sini, semalam. Kejayaan mengenepikan beberapa atlet tersohor lain seperti Datuk Nicol David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Ho Mun Hwa dan Diana Bong Siong Lin (wushu) serta pasangan penerjun negara Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong membolehkan Sazali menerima wang tunai RM10,000 serta trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. "Saya tidak sangka dengan kemenangan ini kerana calon yang lain lebih layak. Selama 26 tahun terbabit dalam bina badan dan banyak pengorbanan yang dilakukan, kemenangan ini sesuatu yang cukup bermakna buat diri saya," kata sub inspektor polis itu.
|
Subscribe to:
Comments (Atom)

