Sunday, 27 April 2014

Budak 8 Tahun Miliki Tubuh Seperti Ahli Badan




Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mempunyai tubuh layaknya seorang ahli bina badan. Budak bernama Brandon Blake, menjadi terkenal di internet laman sosial Instagram dan Facebook yang menunjukkan foto otot-otot tubuhnya.
Kanak-kanak berasal dari County Kildare, Ireland, ini menjadi sangat terkenal di internet selepas jurulatih kecergasan ternama, Frank Medrano, menyiarkan foto Brandon di laman Facebook-nya. Foto itu menerima ribuan like dan komen dari para pengguna Facebook.
"Brandon ini telah menjadi perbincangan hangat di Hong Kong dan Australia. Itu adalah hal yang gila," kata ayah Brandon, Mark Blake.
"Dia membentuk tubuhnya selama setahun. Kini Brandon sangat bahagia dan sihat. Dia adalah seorang inspirasi," tambahnya.
Walaupun banyak yang telah mengatakan bahawa melakukan latihan berat bagi anak seusianya itu tidak sihat, ayahnya berkeras bahawa Brandon belum pernah mengangkat beban dalam hidupnya.
Brandon mendapat tubuh six pack berkat teknik Gimnastik. Suatu bentuk latihan di mana hanya menggunakan rintangan semula jadi tubuh melalui latihan seperti sit up, pull up, dan push up. Brandon pun berharap dapat mewakili Ireland di Sukan Olimpik.
Budak kacak ini juga melakukan diet sihat yang terdiri daripada bijirin di pagi hari, buah sepanjang hari, serta makan daging dan sayur-sayuran di malam hari.





Tuesday, 8 April 2014

JENIS OTOT DAN LATIHAN


Bagaimana mengetahui serat otot yang mana tinggi dalam seseorang? Cara yang paling tepat adalah melalui ujian tisu. Biasanya ada ujian untuk atlet, tetapi saya tidak pasti di Malaysia. Mungkin di bawah ISN. Peratusan jenis serat otot menentukan jenis latihan yang sesuai. Sebagai contoh, seorang atlet dengan serat otot jenis laju (fast-twitch) tidak akan dapat membuat latihan dengan ulangan tinggi jika dibandingkan dengan atlet setaraf tetapi tinggi serat otot jenis perlahan (slow-twitch).Begitu juga, seorang atlet dengan serat otot jenis perlahan tidak akan mampu mengangkat seberat atau berlari selaju seorang atlet setaraf yang tinggi serat otot jenis laju. Dalam sekumpulan atlet yang sama, sebagai contoh, sekumpulan atlet pelari pecut atau pelari jarak jauh, masih terdapat perbezaan dalam jenis serat. Tidak semua pelari pecut akan mempunyai peratusan sama serat otot jenis laju dan begitu juga dalam kumpulan pelari jarak jauh. Jika kita lihat, ada pelari pecut dapat menghabiskan 10×200 meter dalam latihan dengan mudah berbanding yang lain mungkin kelesuan.
Bergantung kepada atlet tertentu, seorang jurulatih perlu pandai menentukan masa rehat untuk mereka. Mereka yang cepat keletihan perlu diberi masa rehat yang lebih. Ketika ini datang prinsip latihan individual, cara latihan yang berbeza mengikut individu. Begitu juga dalam bina badan. Ada yang mengadu, latih bersama, tetapi kenapa kawannya lebih cepat menjadi daripada dia. Kesesuaian mengikut latihan sama itu tiada walaupun saiz badan mungkin sama.
Melatih serat otot jenis laju untuk ketahanan atau jarak jauh tidak akan menambah serat otot jenis perlahan atau sebaliknya. Seseorang itu boleh dilatih itu tujuan berbeza tetapi bukan menambah serat otot tertentu. Dengan latihan yang betul, serat otot jenis laju II boleh mengambil beberapa ciri ketahanan serat otot jenis laju I tetapi tidak ada hubungan serat otot jenis laju dan perlahan. Seseorang dengan serat otot jenis perlahan yang tinggi akan kekal sama sehingga ke akhir hayat.

Bagaimana dengan kes seorang yang mungkin ada 50 peratus serat otot jenis laju dan 50 peratus serat otot jenis perlahan? Serat otot jenis laju biasanya mempunyai luas keratan rentas yang lebih besar daripada serat otot jenis perlahan. 65 peratus mungkin serat otot jenis laju dan 35 peratus serat otot jenis perlahan. Dengan latihan, bilangannya akan kekal sama cuma keratan rentas berubah. Dengan latihan kekuatan, serat otot jenis perlahan akan mengecil dan serat otot jenis laju akan membesar.
Disebabkan faktor membesar dan mengecil ini, seorang atlet pecut mungkin akan menambah kekuatannya dan dalam masa sama berlaku pengurangan stamina. Begitu juga mereka yang melatih stamina, serat otot jenis laju akan mengecil dan serat otot jenis perlahan akan membesar.Bolehkah seseorang dilatih kedua-duanya? Boleh dan sememangnya perlu latih kedua-duanya tetapi peratusan latihan bergantung pada jenis sukan atau mungkin posisinya. Sebagai contoh, dalam bola sepak, seorang striker tidak sama dengan penjaga gol.
Setelah dikenal pasti, peratusan jenis otot, posisi dalam pasukan dan beberapa faktor lagi, latihan disusun mengikut prinsip sistem latihan.

Friday, 4 April 2014

Sazali Tidak Terfikir Untuk Bersara Dari Bidang




alt
PETALING JAYA 4 April - Semangat juara Mr Universe sembilan kali, Sazali Samad masih belum luntur untuk mencari gelaran juara dunia buat kali ke-10 walaupun sudah berusia 47 tahun.Sazali yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA Myanmar 2013 menegaskan dia akan terus berkecimpung dalam sukan itu selagi diperlukan dan langsung tidak memikirkan untuk bersara biarpun sering kali diajukan soalan itu.Menurut Sazali, tahun ini dia akan memfokuskan latihan bagi menghadapi kejohanan dunia yang akan berlangsung hujung tahun ini di Mumbai, India, selain kejohanan Asia. Bagaimanapun Sazali berkata, dia kini masih mendapatkan rawatan dan terapi di Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan lutut dialaminya selepas temasya di Myanmar. "Masalah ini berlaku sejak Sukan SEA tetapi saya boleh buat latihan dengan arahan doktor," katanya selepas dinobatkan Atlet Terbaik 2013 pada Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus-KBS, di sini, semalam. Kejayaan mengenepikan beberapa atlet tersohor lain seperti Datuk Nicol David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Ho Mun Hwa dan Diana Bong Siong Lin (wushu) serta pasangan penerjun negara Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong membolehkan Sazali menerima wang tunai RM10,000 serta trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. "Saya tidak sangka dengan kemenangan ini kerana calon yang lain lebih layak. Selama 26 tahun terbabit dalam bina badan dan banyak pengorbanan yang dilakukan, kemenangan ini sesuatu yang cukup bermakna buat diri saya," kata sub inspektor polis itu.